Thursday 27 October 2011

{ Terima Kasih Mak }

Assalamualaikum...

Dah berkurun rasenye Cmk tak update blog ni...Ada urusan hati sikit...Chewah~ Tak da lah..Cmk sibuk cari kawan-kawan lama kat FB...Bila dah buat Fb baru ni, kene lah cari kawan-kawan lama balik...

Kalian dah sarapan? Cmk tiap-tiap hari mak masak kan sarapan..Siap bawak kan bekal ke tempat keje lagi...Setiap pagi mak Cmk akan buat kan sarapan dan menu wajib adalah milo oat..Sebab nak menjaga kesihatan lah katakan..*senyum*

Setiap manusia yang hidup di muka bumi ni, dilahirkan oleh seorang wanita yang bergelar ibu..Ibu lah satu-satu nya insan yang telah banyak berkorban untuk kita sejak kita hidup di dunia ni...Sejak kita belum tahu apa-apa sehingga lah ke akhir hayat nya, kasih sayang yang dicurahkan tak pernah luput...Bahkan kalau ibu kita sudah tiada, kasih sayang tu masih terasa tiap kali kita teringat segala apa yang dia telah lakukan untuk kita..

Sanggup berjaga malam tika kita sakit, sanggup menunggu kita pulang ke rumah, sanggup bersusah payah untuk memenuhi kehendak kita dan sanggup membiarkan hati nya terluka demi melihat anak nya gembira...Kalau kita nak bercerita mengenai pengorbanan seorang ibu, sangat lah banyak...Kadang kala, kita sendiri tak sedar apa yang telah ibu ini korban kan untuk kita...

Sebagai seorang anak, pernah kah kita ucapkan terima kasih atas apa yang telah dilakukan untuk kita? Pernah kah kita ucapkan terima kasih setiap kali kita selesai makan masakan ibu kita? Pernah kah kita puji masakan ibu kita? Pernah kah kita duduk di sebelah ibu kita sambil mengucapkan " Terima kasih ibu sebab dah besar kan saya sampai ke hari ni".. 

Ibu mana yang tidak pernah mengharapkan anaknya menghargai diri nya sebagai seorang ibu? Setiap ibu menantikan anak-anaknya menghargai setiap kasih sayang nya...Bukan lah harta benda yang diharapkan..Cukup lah kasih sayang dan perhatian yang diberikan kepada ibu kita...Ucapan terima kasih dan "saya sayang ibu" cukup untuk kita menggembirakan hati ibu kita...

Tak kira lah sejauh mana pun kita dari ibu kita, kasih sayang dan perhatian haruslah kita beri dengan sepenuh hati...Zaman sekarang sudah banyak teknologi yang mampu mendekatkan yang jauh dan merapatkan hubungan yang terpisah dek jarak..Hargai lah ibu kita selagi dia masih hidup dimuka bumi ini...Bukan nya harus bergadai harta benda untuk berikan kasih sayang...Sebelum hati ibu menolak kita akibat kelalaian kita, lebih baik kita menjaga hati nya...

Bagi yang sudah tiada ibu, sentiasa doakan untuk nya di sana...Kasih antara anak dan ibu tidak pernah putus..Walaupun pada zahir nya dia sudah pergi, tapi di hati kita masih ada seorang ibu..Dan dia sentiasa mengharapkan kita mengingatinya di sana...Berdoa, ibadah dan berharap roh nya aman di sana...Itu lah bekalan yang terbaik untuk mereka...

Setiap manusia melakukan kesilapan dalam hidupnya..Memohon maaf pada ibu kita adalah sangat-sangat perlu..Setiap hari, ucapkan terima kasih kepada ibu kita..Mohon maaf atas segala kenakalan dan kelakuan kita yang terlah mengguris hati nya...Tidak perlu untuk merasa malu mahupun janggal..Ibu lah satu-satu nya insan yang sangat-sangat memahami kita..Pasti ibu kita rasa di hargai bila kita lakukan seperti itu...

Mulakan langkah mulai saat ini...Kepada pembaca semua, kalau sudah lama tidak menghubungi ibu mu, telefon lah sekarang..Pada yang tinggal bersama ibu, peluk lah ibu mu dan ucapkan lah terima kasih dan mohon lah kemaafan dari nya...Jaga hati ibu..Jangan sia-siakan ibu mu...

Semoga kita sama-sama menjadi anak yang soleh dan solehah...Wallahualam...



Penulisan Yang Ikhlas,
Cik Memori Kekasih...

Monday 10 October 2011

{ Kasih Seorang Ayah }

Assalamualaikum...

Kasih seorang ayah kepada amatlah tinggi nilainya...Cmk selalu sangat nampak seorang ayah membelai anak dan memanjakan anak kesayangan...Rasa sangat-sangat seronok bila tengok keceriaan dimuka seorang ayah bersama anaknya...

Untung lah kepada mereka yang masih berbapa...Kepada yang sudah tiada, berdoalah untuk nya di sana...Sedekahkan al-Fatihah dan surah Yasin kepada mereka...

Baru-baru ni Cmk ada berborak dengan seorang perkerja kat kilang tempat Cmk praktikal sekarang..Lelaki ni bangla...Nama dia Mukul..Dia dah 4 tahun kerja kat kilang ni...Dan dah 4 tahun dia tak balik Bangladesh...Dia sudah berkahwin dan ada seorang anak perempuan...Sepanjang Mukul ni kerja kat Malaysia, dia tak pernah balik jenguk anak bini dia...

Dia datang dari bangladesh bukan main jauh semata-mata nak cari rezeki lebih untuk keluarga dia..Dan paling menyentuh perasaan bila Mukul kata, " Balik nanti saya mau beli sari untuk anak saya.." Fuh...serius tersentap hati Cmk...Mukul tunjuk gambar isteri dan anak dia pada Cmk...Bila Cmk tengok riak muka Mukul, dia sedang senyum memandang raut wajah isteri dan anak nya...Terpancar jelas wajah kerinduan seorang bapa juga seorang suami...

Walaupun Mukul ni seorang bangla yang kita selalu pandang sebelah mata ja, tapi kegigihan die dari aspek seorang bapa, amat Cmk kagumi...Bukan senang nak harungi hidup sebagai seorang perantau yang jauh meninggalkan isteri dan anak demi rezeki keluarga...

Tak kira lah Bangla ke, Nepal ke, yang Cmk nak highlight kat sini, kegigihan seorang bapa dan kerinduan seorang bapa pada anak kesayangan dia..Itu lah nilai kasih sayang seorang bapa..Sanggup buat apa sahaja demi keluarga...

Gambar Sekadar Hiasan.

Kita sebagai anak, sepatutnya lebih menghargai pengorbanan seorang bapa...Ni ada pula yang minta pencen sampai umur 70..Bukan kah masa tu warga-warga ni sudah tidak perlu bersusah payah mencari rezeki...Masa ni, anak-anak lah yang perlu menjaga dan memberi keperluan-keperluan kepada mereka...Bukan sekadar keperluan, kehendak-kehendak mereka juga perlu dipenuhi...

Ingat lah...Walaupun anak-anak sudah berumahtangga dan ada keluarga sendiri, ibubapa tetap tanggungjawab kita...Jangan ingat nak lepas tekak sendiri ja...Tanpa ibubapa kita, siapalah kita...

Semoga kita semua mampu menjadi anak yang soleh dan solehah...Hargai setiap pengorbanan mereka tak kira lah siapa mereka...

Wallahualam....

Penulisan Yang Ikhlas,
Cik Memori Kekasih....