Sunday 4 September 2011

{ Politik Apekah Ini? }

Assalamualaikum...

Hye semua...Selamat siang...Hari CMK ade lah jenguk beberapa belog yg berunsur kan politik ni...Bukan blog2 kerajaan, tapi blog2 individu yg kearah membangkang kerajaan...

CMK tengok, kebanyakan blog ni menantang hampir semua usaha2 kerajaan..Ada saja perkara yg dibangkitkan menunjukkan yg mereka ni tak puas hati dengan kerajaan kita sekarang....Sampai ada yg mempertikaikan soal sejarah negara...Apekah ini?

Dan hampir semua blog2 ini tidak menggunakan mana2 identiti seorang individu...Komen2 dan semua entri2 menggunakan nama blog...Muka admin pun tak ada...Berhujah sana sini beria2, tapi ibarat baling batu sorok tangan...Tak nak guna identiti sendiri...Menentang dan memperjuangkan ideologi sendiri macam pahlawan hebat, tapi berselindung disebalik dinding kubu buatan sendiri...Kalau betul apa yang di perjuangkan tu, berani lah tonjolkan diri...Siapa anda, butir2 diri dan tunjuk kan diri anda bukan hanya pada penulisan...






CMK baca komen2 di blog2 ni, ada yang menyumpah2, maki2, fitnah sana sini...Buat dosa jelah dorg semua ni...Kalau nak berhujah sekali pun ada bahasa dan adab nye kan? Dengan bahasa yg boleh dikatakan sebagai kurang ajar macam tu, siapalah nak hormat orang macam tuh...?

Manusia di muka bumi ni tak habis2 nak "Blame Each Other"...Ada ja yang tak kena...CMK tak kesah kalau betul2 dia nak perjuangkan suara dia tu melalui penulisan dia..Cuma cara dia macam pengecut tuh CMK tak suka...Ada maklumat, ada bukti, tampilkan diri kedepan...

Yang paling CMK pelik, mereka ni sibuk menghentam kerajaan sana sini, besar sangat ka sumbangan yg mereka dah bagi untuk negera ni?Diri sendiri tuh belum tentu betul, sibuk nak menghentam sana sini...Pengecut pula tuh...Jangan sibuk menjadi batu api memecah belahkan bangsa sendiri...

Dan paling pelik, mereka semua tentang kerajaan, maknanya menyokong pembangkang lah kan? Betul sangat ka pentadbiran pihak pembangkang tu? Bila kita cakap macam ni, ada pula yg bersuara, "Biasalah, Nobody's Perfect." Pandai pula cakap macam tu...Dan ada jugak manusia yang tak sokong mana2 pihak...Senang cerita tak ada pendirian..Atas pagar..Macam lalang...Sekadar nak melaga-lagakan orang lain je...

Di Malaysia ni memang lah kita bebas bersuara melalui macam2 medium...Ramai blogger2 yg tak guna nama dan identiti sendiri...Tapi mereka ni update entri pun pasal hal kehidupan mereka..Bukan berunsurkan politik, dan penyebaran maklumat berunsurkan hasutan...



Pada pendapat CMK, kalau mereka ni betul2 nak meyebarkan maklumat, sertakan lah bukti dan tonjolkan lah diri...Jadi anak jantan sebenar...Berani kerana benar...Kalau nak berjihad, berjihad lah dengan cara yang betul..Tak guna nak menghasut manusia ja..Tu kerja syaitan untuk hasut manusia...Negara kita ada parlimen, ada wakil rakyat...Salurkan pada pihak2 yg sepatutnya...Jangan jadikan medium blog2 ni sebagai medium kita menambah dosa..Delete ja komen2 yg berunsur2 maki hamun tu...Tu semua akan membangkitkan kemarahan pelbagai pihak dan akhirnya mewujudkan pergaduhan...Kita nak hidup aman...Bukan bergaduh sana sini..

Nak ke Malaysia ni jadi wilayah bergolak?Perang saudara?Angkara mulut yg lancang, kita yg susah akhirnya...Dan paling teruk menyusahkan saudara2 kita sendiri...Bersyukur lah dengan apa yg ada...Perbaiki mana yg lemah...Berani kedepan untuk berjuang...Jadilah pejuang yg sebenar...CMK pun tak tau sangat pasal hal negara ni...Siapalah kita...Bukan nya tokoh...Semua ni hanya pendapat CMK ja...CMK tak suka tengok bangsa CMK bergaduh maki hamun sana sini angkara penghasut durjana ni...

Wallahualam...

Penulisan Yang Ikhlas,
Cik Memori Kekasih...

4 comments:

  1. politik ini umpama lampin pakai buang, bertukar ganti atas alasan yang sama, tapi itu la yang digilakan...

    ReplyDelete
  2. dah namanya pembangkang... kerjanya membangkang je la... walaupun benda baik... nak menyokong tak ada nya...

    ReplyDelete
  3. @ORLANDO AHMAD
    hurmm...Kalau buat kerja yg berfaedah tak pelah...ape pun ta bleh...huhuuu

    ReplyDelete
  4. @Tukang Karut
    tu lah...manusia ni...diri sendiri tanak cermin...salah orang lain ja nmpak...

    ReplyDelete