Thursday 8 September 2011

{ Kawan Atau Lawan }

Assalamualaikum....

Kawan atau lawan...Kawan adalah individu yg mengenali diri kita dan mengambil berat soal hidup kita...Lawan pula adalah manusia yg tidak suka kepada kita..Lawan ni kadang-kadang boleh jadi baik dan jahat...Dan kawan pun boleh jadi manusia paling jahat yg pernah kita kenal....

Sepanjang hidup CMK yg baru dua dekad ni, dah macam-macam jenis kawan dan lawan yg CMK pernah jumpa...Waktu di sekolah rendah, CMK selalu menjadi perhatian cikgu-cikgu sebab CMK ni budak lompat (PTS)..Pencapaian dalam peperiksaaan pun agak memberangsangkan...Seronok masa sekolah rendah sebab ramai yang nak berkawan dengan CMK...Tetapi ada juga yang dengki sampai sanggup curi cermin mata CMK...Cantik sangat agaknya...:)

Masuk ke sekolah menengah, CMK dapat masuk sekolah pilihan di daerah Muar..Sekolah perempuan asrama harian...Alhamdulillah, perjalanan hidup sebagai seorang pelajar berjalan dengan baik...Dapat masuk kelas pertama dan keputusan peperiksaan pun baik..Dekat asrama pun CMK dapat hidup dengan tenang dan ada ramai kawan...Semua nya baik...

Namun, ada juga beberapa manusia yg iri hati dengan CMK..Teringat pula pada kejadian yg sangat-sangat meninggalkan kesan dalam hidup CMK..Masa tu CMK masih tingkatan dua..CMK selalu tertidur dalam kelas dan pernah tak siap kerja sekolah..Kawan yang duduk meja sebelah CMK ni selalu juga tertidur, tapi dia pandai "cover"...Bila CMK kejut ja, dia buat-buat baca buku...Jadi orang lain semua ingat dia tengah baca buku...

Sampai pada suatu malam yang hening, kawan-kawan CMK selongkar beg sekolah CMK sebab nak tengok kerja2 sekolah CMK...CMK dah lah tengah penat sebab baru lepas latihan pancaragam sekolah...Masuk ja bilik belajar, CMK nampak kawan-kawan kerumun beg CMK sambil bongkar2 buku CMK..Hurm...Bila CMK marah dan tanya, semua pandang CMK sambil meningking2 dan marah CMK sebab tak buat kerja sekolah...CMK bukan tak buat, cuma belum siap..Nak hantar pun lama lagi..Lagipun apa hak mereka nak selongkar barang2 CMK?

Hal ni makin parah sampaikan semua kawan2 CMK buat perjumpaan dekat dewan asrama..Lebih kurang 30 lebih pelajar asrama yg sebaya CMK..Semua serang CMK dengan macam2 soalan..Semua nya berpunca daripada kerja sekolah belum siap..Berdas2 dan bertalu2 kemarahan yg mereka lempar pada CMK..Sedih sangat masa tu...Namun, CMK tabahkan hati dan kuatkan semangat...

Hanya beberapa kawan baik CMK yg betul2 sokong CMK..Dia senyap ja masa perjumpaan tuh..Lepas perjumpaan, dia yang teman CMK dan tenang kan hati CMK..Dia memahami CMK sebab dulu pun dia pernah kene macam tu...Sebab perasaan cemburu kawan2...

Gambar sekadar hiasan.
Naik tingkatan empat, CMK kena serang sekali lagi..Semua kawan2 CMK tengking2...Kononnya nak nasihat CMK sebab tak belajar...CMK memang tak rajin belajar, tapi keputusan peperiksaan CMK tak seteruk manusia yang menengking2 CMK...Masuk ja tingkatan Lima, CMK dapat jawatan biro rekod dalam badan pengawas sekolah...CMK seorang pengawas sekolah sejak tingkatan dua lagi..Kawan2 CMK yg dekat asrama tu, dua tiga orang ja pengawas sekolah..Yang tengking2 CMK tu pelajar biasa ja...

Di asrama pula CMK seorang ketua exco disiplin..Semua pelajar2 asrama perlu patuh dengan disiplin2 yg dah ditetapkan..Sebelum, ni CMK tak pernah pegang jawatan apa2 pun..Bila dah dapat jawatan ni, semua terkejut...Di asrama CMK ada sistem merit demerit..Sesiapa yg buat salah akan ditolak merit dan yang berjasa pada asrama akan di beri merit tambahan..Semua hak menolak dan menambah merit ditangan CMK...Manusia2 yg menengking CMK dulu ada apa?

Alhamdulillah...Sampai sekarang, pendidikan CMK lebih baik dan lebih tinggi berbanding manusia2 yang pernah tengking2 CMK dulu...Mungkin semua tu ada hikmah..Balasan pada manusia yang sibuk menjaga tepi kain orang lain sedangkan kain sendiri tersingkap...CMK memang dah maafkan semua yg pernah sakitkan hati CMK...Tapi CMK tak pernah lupa semua tuh..." I forgive you, but I never forget.."

Gambar sekadar hiasan..

Buat sesiapa yg pernah kena tindas dengan kawan2 sendiri, CMK nasihatkan supaya bersabar lah banyak2..Kuatkan semangat..Tanam azam dalam diri yang kita sebenarnya lebih baik dari manusia2 yang pernah tindas kita dulu...Buktikan pada mereka yg mereka dah salah menilai kita...Setiap kejadian buruk tuh pasti ada indah nya...Kita sebagai hambaNya kene lah banyak2 berdoa dan berusaha ke arah yg lebih baik...

CMK bukan nak membangga diri, cuma nak jadikan kisah CMK ni sebagai teladan kepada manusia2 yg suka menindas kawan sendiri dan kepada manusia2 yang selalu ditindas kawan2 sendiri...CMK akan buktikan pada mereka2 yg mereka tak layak nak menindas CMK...Akan CMK buktikan pada mereka sampai ternganga mulut tak dapat tutup...Renung2 kan dan selamat beramal...

Gambar sekadar hiasan..
Penulisan Yang Ikhlas,
Cik Memori Kekasih....

12 comments:

  1. memang kita boleh maafkan org kan,tpi lupa tak akan sampai bila bila..akak pun mcm tuh,org kata nmpak jeh lembut hati, tpi akak ni suka pendam jugak,sbb x suka nak gaduh ngan org....

    ReplyDelete
  2. Tya ni penyedih siket org nye...nak pertahan kn diri, tapi nanti mesti nanges teresak2...sbb sedih sgt kene buat ngan kwn sendiri mcm tuh...kene byk sabar jelah kn kak?

    ReplyDelete
  3. Gua dekat nak exam tak study pown, budak2 sound Gua sound balik, belajar kerna ilmu bukan kerna exam, fuh hero betol Gua rasa keh3

    ReplyDelete
  4. @ORLANDO AHMAD
    Wahh...hero melaya terakhir ka ape ni??hehehe...CMK nak serang balik mase tuh tak berani lg...sekarang hati kental...hehehe...

    ReplyDelete
  5. banyak kawan yang dah lost contact dah sekarang ni...

    ReplyDelete
  6. @Tukang Karut
    sekarang kan dah ada pesbuk..boleh lah TK cari kwn2 TK balik...:)

    ReplyDelete
  7. pada saye, manusia yang suke tengking2 tanpa sebab munasabah adalah manusia yang cetek akalnya, tidak punya pendidikan.

    orang yang waras dan berpendidikan tidak akan bertindak seperti orang gila.

    dill.

    ReplyDelete
  8. kau bernasib baik sebenarnya.

    bila aku baca semuanya,ia bukan soal penindasan atas diri kau.tiada satu pun unsur penindasan.Ia tidak lebih dari hanya satu pembuktian bahwa kau sentiasa terbaik.

    ReplyDelete
  9. @dill
    Nak buat macam mana dill..CMK dah kena berkali2..terpinggir..Orang berpendidikan tinggi pun kalau dah termakan hasutan syaitan, bleh tewas juga...
    :)

    ReplyDelete
  10. @ghost writer

    Ni semua satu ujian dalam hidup..Alhamdulillah CMK dapat lalui semua ujian ni..dan kebahagiaan makin terserlah...

    ReplyDelete
  11. ujian itu masih terlalu lemah.ia dipadankan dengan usia kau.ada ujian lain yang lebih hebat menanti kita di hadapan.kebahagiaan masih terlalu infiniti.

    ReplyDelete
  12. @ghost writer
    yup..ada lagi ujian2 yg lebih mencabar...banyak...kalau terlalu fikir, bleh demam..terima kasih ghost writer sudi bagi pandangan...:)

    ReplyDelete