Friday 9 September 2011

{ Perasaan Bercampur Baur }

Assalamualaikum...

Hari ni perasaan ku bercelaru...Macam2 masalah yg membelenggu fikiran..Masa depan aku...Hari esok aku..Keluargaku..Diri ku...Kehidupan peribadi ku...Ahhh...Sakit nya kepala bila fikirkan semua ni sekali gus..

Aku cuba menarik nafas sedalam-dalamnya..Mencari ketenangan...Mencari jalan penyelesaian...Namun yg aku jumpa adalah jalan kebuntuan..Aku cuba untuk mengetepikan semuanya, tetapi aku kalah...Aku kalah dengan semua gangguan ini...

Yaa..Aku perlukan teman...Aku sangat-sangat perlukan seseorang untuk aku bualkan semua ini...Tapi siapa yang sudi menerima aku yg lemah dan masalah-masalah aku yang berguni-guni ni...Aku termangu seketika...

Aku tahu kau ada untuk aku...Tapi kau muncul dalam kesamaran..Kau bersembunyi disebalik tirai yg kau bina sendiri...Siapalah aku untuk menyingkap tirai itu..Aku tak mampu mendekati kau...Aku takut kau semakin jauh dari ku...



Aku bukan hanya perlukan kau tika aku susah..Aku perlukan kau tiap saat dan ketika...Membimbing aku dan menasihati aku...Aku selalu khilaf...Aku takut untuk selalu mencari-cari kelibat kau...Takut kau fikir aku tergila-gilakan kau...Yaa...Mungkin aku gila...GILA dengan perasaan sendiri...

Aku harap kau tak lari jauh dari aku...Dan aku harap kau tak datang merapati aku...Aku takut kecewa lagi...Namun aku redha jika aku terpaksa melalui saat sukar itu lagi...

Perasaan aku bercampur baur...Aku buntu...Aku perlu selesaikan masalah-masalah hidup aku...Aku tak mahu kau lihat aku lemah...Dan aku tak mahu beban kan kau...

Tolonglah...

Penulisan Yang Ikhlas,
Cik Memori Kekasih...

4 comments: