Saturday 20 August 2011

{ Cinta: Mengongkong Diri }

Assalamualaikum...

Perlu ke pasangan yg bercinta mengongkong pasangan masing2?
Bahagia ka pasangan kita bila kita mengongkong??
Mungkin dengan cara mengongkong, kita akan rasa lebih terjamin dan rasa lebih yakin bahawa pasangan kita tidak akan curang tanpa pengetahuan kita..
Tapi, sampai bila rasa sangsi dalam hati itu nak di tutup dengan kongkongan?

Nak keluar rumah kena bagi tahu nak keluar dengan siapa, pergi mana, dengan apa, balik pukul berapa..Semua nya nak tahu serba lengkap...Kalau pasangan kita menipu, padah lah jawab nya...

Kebiasaan nya, perempuan lebih banyak mengongkong lelaki berbanding lelaki mengongkong perempuan..Iye lah, kebanyakan lelaki kan lebih suka berkawan dengan ramai perempuan dan lelaki cukup sinonim dengan ego yang tinggi melangit...Jadi, si dara mula lah mengatur strategi menyusun langkah mengambil tahu setiap gerak geri si teruna..Sampaikan, ada si dara sanggup mengintip si buah hati sama ada melalui orang ketiga mahupun dengan kudrat diri sendiri...Semua nya demi menjaga si teruna daripada curang..

Namun, ada juga si teruna yang penuh dengan rasa cemburu dan mula menutup rasa cemburu dengan mengongkong si dara..Kadang kala cemburu nya tak berasas sampaikan memaksa si dara membuktikan setiap perbuatan dengan bersumpah..!Walaupun hanya beberapa kerat saja lelaki yg suka mengongkong, namun kongkongan mereka lebih ketat dan lebih dahsyat...Ditambah lagi dengan ego yang tinggi melangit itu, si dara mula merasakan setiap apa yg dilakukan bukan kerana cinta, tetapi kerana terpaksa..

Wajarkah kongkongan sebegitu diberikan untuk sang kekasih..? Tanpa sedikit kongkongan, mungkin juga pasangan akan menjadi lebih liar dan lalai dengan komitmen yg sepatutnya di berikan kepada pasangan mereka..Tetapi kita harus ingat bahawa kongkongan yg terlampau mampu membawa kepada bencana dalam sesebuah kisah percintaan..Jika semua pasangan menggunakan ideologi ini untuk mempercayai si kekasih, pasti hubungan tidak akan kekal lama...Dendam, benci, muak dan perasaan rimas mula membelenggu diri..Hati yg dulu nya dipenuhi rasa kasih sayang mula bertukar menjadi benci...Dan akhirnya hubungan terputus ditengah jalan...

Bercinta dan berkasih memerlukan pasangan saling mempercayai antara satu sama lain..Memanglah dengan cara mengambil tahu setiap gerak geri pasangan kita, kita akan lebih yakin dan percaya..Tetapi, setiap manusia masih memerlukan ruang mereka sendiri tanpa terikat pada apa2..Percaya adalah kunci utama dalam percintaan..Namun, jangan terlalu percaya, kerana kelak akan memakan diri sendiri...Ikut kata hati dan gunakan akal fikiran yg waras untuk membuat sesuatu keputusan...


Telah ku percayakan
Hati ini padamu
Maka kita tak saling risau

Kalau cinta jangan kacau

Kalau sayang tak perlu marah
Kalau ikhlas tak minta berbalas
Serahkan cintamu
Pada yang punya cinta
(Lirik Lagu Kalau Cinta- Aliff Aziz ft Joanna)
Penulisan Yang Ikhlas,
Cik Memori Kekasih...

4 comments:

  1. cinta ni ibarat layang layang... di biar terbang tinggi tapi masih dipegang pada benangnya...

    ReplyDelete
  2. urmmm...ni masalah mengongkong antara kapel...
    apa nak jadi plak dengan masalah kapel yang macam ni
    V
    V
    V
    V

    beragaklah sikit =="

    ReplyDelete
  3. @Tukang Karut
    kalau CMK bercinta nak guna wau lah...kasi gempak siket...wuhuu...

    ReplyDelete
  4. @NK
    ada jaa masalah yg melanda dan dilandakan pasangan2 bercinta ni kan??huhuu...

    ReplyDelete